Saturday, June 26, 2010

bully itu buli

2010/06/25

KUALA LUMPUR: Lima pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD) ditahan polis berhubung siasatan kematian seorang pelajar yang dipercayai dibuli dan didera Rabu lalu.

Mereka ditahan polis bagi membantu siasatan kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, yang dipercayai dibuli dan didera di maktab itu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Samah Mat, berkata kelima-lima pelajar yang berumur 17 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Provost Marshal dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan di hantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras jam 6.30 petang semalam.

"Kami akan siasat sama ada mereka terlibat ataupun tidak dalam kes itu dan tempoh penahanan reman terhadap pelajar terbabit belum ditentukan," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Abdul Samah berkata polis tidak menolak kemungkinan punca kematian Mohammad Naim Mustaqim adalah disebabkan buli.

"Lihat daripada segi luaran anggota badan mangsa tidak terdapat sebarang luka...bagaimanapun kita akan tunggu keputusan bedah siasat daripada Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk tindakan susulan," katanya.

Kenyataan Kementerian Pertahanan menyebut suatu kejadian yang melibatkan kematian pelajar itu berlaku antara 11.30 pagi, Rabu lalu sehingga 1.20 pagi semalam.
Mohammad Naim Mustaqim didapati tidak sedarkan diri dan dibawa ke Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi untuk rawatan tetapi disahkan meninggal dunia sejurus tiba di situ.

Abdul Samah berkata dalam tahun ini kejadian sedemikian pertama kali berlaku namun terdapat laporan pergaduhan yang melibatkan institut pengajian tinggi di Kuala Lumpur sebelum ini.

Bagaimanapun tiada laporan diterima oleh polis daripada keluarga mangsa yang berasal dari Baling.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian, katanya. - BERNAMA



ish3..ape la nk jadi dgn budak2 zaman sekarang ni, buli2 pun dh boleh mati, sedih pulak aku bace berita ni. ape salah budak tu sampi kene lenyap dari muka bumi?

dulu, mase zaman aku sekolah asrama, aku ade gak la buli2 ni, tapi xde la pulak advance sampai boleh mati macam cerita kat atas tu, x pasal2 budak tu mati macam tu je..

kalau dalam mase sekarang ni aku still sekola menengah, mungkin juga aku..

suruh junior aku amek air sampai mati?

atau

suruh junior aku ironkn baju aku sampai mati?

atau

suruh junior aku buat skooter, helikopter, jetski smpai mati?

atau

suruh junior aku amek air panas kat dewan makan, masak megi sampai mati?




hehe, mesti la tidak, sbb kat skola dulu aku seorang senior yang baek, siap jadi legend lagi..hahaha..(poyo..)
tapi, bagi aku, semua tu bukanlah buli ke pe, cume org semua salah ertikn, semua tu sebenarnye meminta pertolongan daripada junior

sbb ape aku ckp cm2?

sbb aku mintak tolong dengan cara yang baek, contohnye..

"dik2, tolong amekkan air panas kat dewan makan, kalau boleh, tolong masak megi sekali tau..tau2"

haa..baek x aku?
tp, bagi aku, bile dh sampai tahap boleh mati tu, bukan kes buli dh, dh jadi kes bunuh.. daripada bunuh budak tu, baek soh pegi berjihad kt palestin tu, pegi bunuh yahudi,,betol x?

sekian..

4 comments:

ain amin said...

tpooooooooooooooo!!! haha

anak abah said...

Sokong ain!
Tipuuuuuuuuu~ haha.eh awk jgn buli org da pasni,nanti kte buli awk plak,xsmp mati la tp,smp pgsan je..

Btw,asal manusie mkin hari mkin kjm er?huhu.

ain amin said...

haha. tak pnah buli amendenye. yg kau sesedap seret budak tu ape. hai kakak nadia, welcome back to msia =)

anak abah said...

err..die seret bdk? Y_Y komunis ke ape niy?

hye adik ain.haha..selamat pulang ke skudai..