Friday, October 5, 2012

The glass transition temperature VS critical point



yup~ dua situasi yang berbeza, amat-amat berbeza, kelak menyelubungi minda..

oh!

situasi pertama :

" ohhhhhhhhhh..bagus la cmtu, boleh la sambung sampai abes phD, sape lagi yg nak sampai peringkat cmtu..."

"errr..hehehe, tengok la dulu macam mane, yang niy pun tak abes lagi..."

situasi kedua :

" ehhh, perkahwinan bukan halangan bagi seseorang itu tuk sambung phD....."

" errrr..hehehe ( hanya mampu tersenyum).."

so, persoalan yang timbul ialah... adakah ini the glass transition temperature VS critical point yang realistik?

;)

-the end-



Tuesday, September 4, 2012

The Ring..



Bismillahhirrahmannirrahim

Ya Allah...
Seandainya telah Kau catatkan dia milikku
tercipta buatku dekatkanlah ia padaku
titipkanlah kemesraan antara kami agar kebahagiaan itu abadi dan
Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih
seiringkanlah kami melayari hidup luar ini ketepian yang sejahtera
tetapi Ya Allah... 

Seandainya telah Kau takdirkan dia bukan milikku
bawalah ia jauh dari pandanganku luput dari ingatan ku
dan peliharalah diriku dari kecewa
Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
berilah aku kekuatan melontar bayangnya ke dada langit silang bersama senja merah dan gelap pekat awan agar ku bisa bahagia walau tanpa dirinya dan
Ya Allah Tercinta.. 

gantikanlah yang telah hilang tumbuhkanlah kembali yang telah patah meski tiadakan sama dengan dirinya...
Ya Allah Ya Tuhanku pasrahkanlah aku dengan KetentuanMu Sesungguhnya Takdir Mu itu yang terbaik buatku kerana Engkau Tuhanku itu yang terbaik buatku
Yang Maha Mengetahui Segala yang Terbaik Ya Allah... 

Cukuplah Engkau sahaja menjadi Pemeliharaku di Dunia dan Akhirat
dengarlah rintihan daripada hambamu yang daif ini
Sesungguhnya aku tidak kuat melawan nafsuku sendiri
janganlah Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini hingga akhirat
Menjerumuskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran 

Maka,
kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
membimbingku ke jalan yang Engkau redhai
dan kurniakanlah kepada ku keturunan yang soleh....

Amin….



;)



-The End-





Tuesday, August 7, 2012

"nda da skol ini, nda da bah aku jd cmni skng"

tidak mahu "digelar kacang lupakan kulit"..so,

sudah 50 tahun penubuhan, 5 tahun aku kat sekolah tu..tapi sayang, xde gambar..wuuuu~

credit to http://www.facebook.com/skpekanmembakut.sabah


Sekolah Kebangsaan Pekan Membakut terletak berhampiran dengan Pekan Membakut. Sekolah ini dibina di dalam kawasan yang luasnya lebih kurang dua setengah ekar. Sekolah ini ditubuhkan pada 01.09.1962 oleh Councilor Pekan Membakut Encik Tay Ting Siong @ Tay Guan Sing. Bangunan asalnya hanyalah merupakan sebuah gedung atau gudang padi yang tidak digunakan lagi. Pada awalnya sekolah ini dikenali dengan nama N.V.S Pekan Membakut (Native Voluntary School). Sekolah ini sebenarnya bukanlah sebuah sekolah kerajaan pada masa itu, tetapi adalah merupakan atas kesedaran terhadap kepentingan pelajaran masyarakat di pekan ini.
Setelah tertubuhnya sekolah ini beliau berusaha meminta pihak Kerajaan membina bangunan baru , tetapi malangnya Kerajaan pada masa itu tidak dapat memenuhi kehendak beliau.Memandangkan mereka belum mendapat bantuan dari pihak Kerajaan, maka sebuah gedung atau gudang padi telah menjadi perhatian. Beliau dan penduduk sekitar telah sepakat untuk menjadikan gudang tersebut sebagai tapak permulaan bagi membolehkan kanak-kanak menerima pendidikan. Dari sini maka bermulalah proses pendidikan di sekolah tersebut.



Tenaga pengajar pada masa itu hanyalah seorang guru tempatan iaitu Encik Mohd. Yusof Matsari yang juga merupakan guru besar pertama sekolah tersebut. Beliau dilahirkan pada 09.07.1938 di Kampung Pimping, Membakut dan mendapat pendidikan awalnya di Daerah Membakut.

Pada ketika itu pendidikan dimulakan dari peringkat darjah satu (Tahun Satu) dengan kadar sebuah bilik darjah yang mengandungi 51 murid yang terdiri dari murid lelaki dan murid perempuan.Murid-murid di sekolah ini terdiri daripada murid-murid yang tinggal dari kawasan berhampiran dan juga dari kampung-kampung yang jauh dari Pekan Membakut.

Pengaruh pendidikan pada masa itu benar-benar membuka mata masyarakat khasnya ibu bapa. Pada tahun berikutnya (1963) bilangan murid yang berdaftar semakin bertambah dari 51 orang meningkat ke angka 71 orang. Walaupun tenaga pengajarnya hanyalah seorang sahaja, beliau terpaksa bertungkus- lumus untuk mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Memandangkan tugas yang disandang oleh beliau ketika itu terlalu berat ,kerajaan telah menghantar seorang lagi guru iaitu Encik Ghani Muntaha bagi membantu meringankan beban tugas beliau. Pada tahun itu juga bilik darjah telah di bahagi dua bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan sempurna.

Matapelajaran pada masa itu terdiri dari mata pelajaran Kira-Kira (Matematik), Lukisan (Pendidikan Seni), Senaman (Pendidikan Jasmani) dan Bahasa (Bahasa Melayu). Sistem pendidikan pada masa itu jauh berbeza dari sistem pendidikan sekarang. Kelas bermula pada pukul 7.45 pagi dan berakhir pada pukul 12.25 tengah hari. Pada 01.03.1965, sekolah ini telah di tular kepada G.P.S Pekan Membakut (Government Primary School) dan akhirnya dikenali sebagai nama S.K Pekan Membakut sehingga kle hari ini.

Beberapa tahun selepas penubuhan sekolah ini, Kerajaan telah membina bangunan baru bagi menggantikan gedung atau gudang padi yang telah usang itu. Di samping bangunan sekolah Kerajaan juga telah membina empat buah rumah guru bagi menampung guru-guru yang bertugas di sekolah ini. Bangunan ini diperbuat daripada papan berlantaikan semen dan beratapkan zink.

Sungguhpun keadaan bangunan sekolah Rendah Pekan Membakut ini sederhana besarnya, namun pada sekitar 70-an, sekolah ini digunakan sebagai sekolah menengah sebelum terbangunnnya sekolah menengah yang baru. Pelajar menengah pada ketika itu menggunakan bangunan tersebut pada sebelah petang (sidang petang).

Selepas itu, sekali lagi sekolah ini mendapat perhatian, kali ini Pejabat Pendidikan Daerah Membakut telah memilih satu bangunan sekolah yang tidak digunakan sebagai Pejabat Pendidikan Daerah Membakut . Peristiwa itu berlaku dalam sekitar tahun 80-an dan kini Pejabat Pendidikan Daerah Membakut telah mempunyai bangunannya sendiri.

Kini peredaran zaman telah banyak merubah dan mempengaruhi fikiran masyarakat. Pendidikan merupakan pilihan utama untuk maju dan mencapai taraf hidup yang tinggi. Penduduk di persekitaran pekan dan juga kampung-kampung yang berdekatan berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini. Semangat kesedaran mereka benar-benar membanggakan pihak sekolah. Kini kadar bilangan murid semakin bertambah selaras dengan bertambahnya bilangan penduduk asal tetapi juga yang datang bekerja dan berniaga dke pekan ini

Sekolah ini telah nenyediakan sebuah bangunan untuk pentadbiran dan bilik guru, sebuah Bilik Pusat Sumber (PSS), Bilik Pandang Dengar (APD), Bilik SPBT, Bilik Bimbingan, Bilik ETEMS, Makmal Sains Makmal Komputer dan Kantin Sekolah. Bilangan kelas telah bertambah menjadi 13 kelas termasuklah kelas Pra-sekolah. Ini dapat menampung pertambahan bilangan murid setiap tahun.

Sekolah ini mendapat perhatian dari pihak kerajaan dengan menghantar bilangan guru j-QAF yang ramai , seorang juruteknik komputer dan fasilitator schoolnet untuk pembangunan ICT berbanding dengan sekolah berhampiran Pekan Membakut. Pada awal tahun 2009 sekolah ini mendapat bangunan kabin dari pihak Kerajaan dan jalan masuk ke sekolah mula di turap pada hujung tahun 2009. Dengan di bantu tenaga pengajar dan kakitangan sokongan, sekolah ini cemerlang dalam bidang akademik dan sukan setiap tahun. 

Sekolah yang pada masa dahulunya asalnya dari gudang padi, kini mempunyai bangunan baru yang selesa di samping kemudahan-kemudahan bahan dan peralatan yang terkini untuk kegunaan semua warga Sekolah Kebangsaan Pekan Membakut. 





-the end-