Sunday, December 25, 2011

kisah mereka~











semoga bahagia hingga akhir hayat~




-the end-








Bukan krismas, hanya walimatulurus

25 disember, bukan untuk menyambut hari krismas bagi bukan yang beragama islam dan sebenarnya nak wish kat mereka yang bukan muslim pun tidak digalakkan.

seperti yang difahamkan, tanggal 25 disember setiap tahun merupakan hari krismas bagi umat kristian yang mana menyambut kelahiran tuhan mereka mengikut pegangan mereka.

oh! itu fahaman mereka..untuk yang muslim :

" Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan"

itu hanya selingan, diharapkan info ini dapat dikongsi sesama islam..insyaAllah..

25disember 2011, tarikh yang dipilih oleh kawan aku, Muhammad Akmal Zakwan bin Mohamed Zabir dengan pasangannya, Suraya Rambly akan melansungkan perkahwinan mereka setelah sekian lama memendam hasrat untuk berkahwin..( cehhhhwahh! tau2 je aku..haha)

so, atas kesempatan ini, aku just nak ucapkan selamat pengantin baru, semoga berbahgia selalu hingga akhir hayat..hehehe

WOW~

okey, sedikit perspektif perkahwinan daripada minda aku.

kahwin:

+suatu mende yang paling digalakan dalam islam kepada sesiapa yang cukup syarat untuk berkahwin.

+jodoh.

+penyatuan dua keluarga yang besar dari pihak lelaki dan perempuan.

+bersedia untuk menamatkan zaman bujang dan bersedia untuk memikul tanggung jawab yang besar sebagai ketua keluarga dan seorang ayah.

+cukup bersedia untuk membimbing ahli keluarga dalam hal2 agama dan kehidupan

+cukup bersedia menyelesaikan masalah yang akan dihadapi dimasa hadapan

+kewangan yang kukuh dan bijak berbelanja

+amanah

dan banyak lagi...




otak kanan:

bile turn aku? hehe


-the end-


Friday, November 11, 2011

11.11.11


so, apa ada dengan 11.11.11? menarik bukan... sudah semestinya ramai yang mengimpikan tarikh-tarikh seperti ini untuk dijadikan sebagai hari-hari istimewa seperti perkahwinan, pertunangan, perceraian ( ade ke?..) dan sebagainya..

jatuh pada hari jumaat, ade ke orang nak buat kenduri kahwin? wow!

namun, tarikh itu hanya sekadar tarikh, mungkin ada juga maknanya bagi sesetengah orang..

ya! setiap orang ada pemikiran dan setiap orang ada falsafah tersendiri..so biarkan sajalah mereka dengan impian dan mimpi-mimpi mereka...


ahaaa...



so, apa kaitannya gambarajah-gambarajah di atas dengan tarikh berkenaan?


oh! mereka merupakan adik kembar aku, berumur 12 tahun dan sedang menanti untuk mendapat result UPSR minggu hadapan..lahir pada tarikh 21.12.99 yang sama dengan perbezaan masa selama 11 minit? tipu ke?

bukan..ini hanya kebetulan...hehe


ahaa..masih lagi tak dapat perkaitan dengan gugusan nombor pada tarikh berkenaan dengan adik-adik kembar aku niy?

sebenarnya just nak cakap yang sebelas atau 11 terdiri daripada gabungan dua nombor satu atau 1..so, boleh jadi ianya nombor kembar bukan?

ya! pendapat aku, 11 adalah kembar nombor satu...

dan..itu falsafah aku..ahaaa~



-the end-